Wednesday, July 5, 2017

RPH Ukiran sabun cikgu ahafizm


Ini RPH dan Pdpc yang dijalankan oleh cikgu ini, pada tahun 2014. Jadi saya hanya cuma kongsikan Pdpc ini dan sumber asal turut saya sertakan di sini.


Sumber asal :

http://ahafizm.blogspot.my/2014/04/ukiran-sabun.html

Ukiran Sabun



Tahun    : 4
Bidang   : Mengenal Kraft Traditisional
Aktiviti    : Ukiran Sabun
Tema      : Objek Buatan Manusia
Tajuk      : Pewangi Kereta
Masa       : 60 minit
Media      :
Alat          : Pensel, pembaris, pen mata bola atau pencungkil gigi dan alatan lain yang sesuai
Bahan     : Sabun buku dan bahan lain yang sesuai

BBM        : Contoh ukiran sabun
ABM        : papan putih
EMK         : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi
Pengetahuaan : 1. Murid-murid telah/pernah melihat contoh ukiran kayu yang terdapat pada                perabot di rumah mereka.
Strategi pengajaran   : 1.  Teknik soal jawab   2.    Teknik tunjuk cara




STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik             Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan                                                 bahasa seni visual yang ada pada ukiran.
            4.1.1 Unsur seni
                        4.1.1.1 Garisan - tebal dan nipis
                        4.1.1.2 Jalinan - sentuh
                        4.1.1.3 Bentuk - konkrit
            4.1.2 Prinsip Rekaan
                        4.1.2.1 Kesatuan - motif
                        4.1.2.2 Imbangan - simetri atau tidak simetri

4.2 Aplikasi Seni                
  Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni  visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan ukiran.
             4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
                      4.2.1.1 Alat - pensel, pembaris, pen mata bola atau pencungkil                                             gigi dan alatan lain yang sesuai
                       4.2.1.2 Bahan - sabun buku dan bahan lain yang sesuai
            4.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam                                                       penghasilan karya.
                      4.2.2.1 Teknik - ukiran timbul

4.3 Ekspresi Kreatif              
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan ukiran secara kreatif.                                                                                                        
            4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
            4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
            4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan                                              ukiran.

4.4 Apresiasi Seni               
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual.                                
            4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
            4.4.2 Memperkenalkan tokoh-tokoh seni ukiran tradisional tempatan
            4.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

Langkah / Masa
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
GURU
MURID
Set Induksi

(5 minit)
1. Guru menyediakan sekeping gambar.
(gambar seorang budak sedang mandi)
2. Guru menanyakan apa yang sedang budak itu buat.
(Apa budak itu sedang buat?
Dia mandi menggunakan apa?)
3. Guru mengaitkan perbincangan tersebut dengan isi pengajaran pada hari ini.

1. Murid mendengar dan memberi perhatian kepada soalan yang dikemukan dan memberi respon ketika sesi soal jawab diadakan.
2. Murid memberi jawapan yang berkaitan dengan gambar.

Persepsi Estetik

Langkah 1
(10 minit)
1. Guru menunjukkan contoh ukiran.
2. Guru menyatakan definisi ukiran.
3. Guru meminta murid mengenal pasti dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada contoh ukiran.
1. Murid memberi perhatian kepada guru.
2. Murid menjelaskan contoh ukiran tersebut dengan bahasa seni visual.
3. Murid memerhatikan garisan, jalinan dan bentuk yang terdapat pada ukiran sabun.

Langkah / Masa
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
GURU

Aplikasi 
Seni

Langkah 2
(10 minit)
1. Guru memperkenalkan media (alat dan bahan) yang digunakan untuk menghasilkan ukiran.
2. Guru menunjukkan cara menghasilan ukiran timbul.
3. Guru meminta murid meneroka media untuk menghasilkan ukiran.

1. Murid memberi perhatian kepada apa yang guru buat.
2. Murid dikehendaki mengambil nota ringkas terhadap cara-cara penghasilan ukiran.
3. Murid meneroka media yang digunakan untuk menghasilkan ukiran sabun.

Langkah / Masa
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
GURU
MURID
Ekspresi Kreatif

Langkah 3
(25 minit)
1. Guru mengagihkan media yang telah disediakan kepada murid.
2. Guru membimbing murid dalam penghasilan lukisan corak mengikut kreativiti masing-masing.
1. Murid membuat lakaran pada sabun dengan bimbingan guru.
2. Murid memanipulasikan bahan secara kreatif.
3. Murid menghasilkan ukiran mengikut kreativiti masing-masing.

Langkah / Masa
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
GURU
MURID
Apresiasi
Seni


(5 minit)
1. Guru memberi arahan kepada murid untuk mempamerkan dan menunjukan ukiran sabun yang dihasilkan pada tempat masing-masing.

2. Guru meminta beberapa sukarelawan untuk menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan ukiran sabun.
3. Guru memberi bimbingan sepanjang proses apresiasi seni.
1. Setiap murid mempamerkan dan menunjukkan ukiran sabun yang dihasilkan pada tempat masing-masing.
2. Murid menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.


Langkah / Masa
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
GURU
MURID
Penutup

(5 minit)
1. Guru memuji dan memberi galakkan kepada semua murid.
2. Guru menyuruh murid untuk mengemas dan mengekalkan kebersihan kelas.
1. Murid menjalankan tugas mengikut arahan guru.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...